Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Rumah Pangsa Tun Dr Ismail, Seremban adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak di tengah-tengah Bandar Seremban.

Tanggal 1953, Perlembagaan Lembaga Perbandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak BerkuasaTempatan 1950, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22h Ogos 1953. Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering silih berganti mengikut suasana politik semasa di Bandar Seremban. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan Rahang dan kawasan Lobak.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017


HARI RAYA DECORATION

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2017

Aktiviti ini diadakan adalah untuk mengasah minda untuk menjadi kreatif dan inovatif. Para peserta juga belajar untuk berkomunikasi dengan peserta yang lain untuk berkongsi idea....baca selanjutnya

CROSSWORD SEARCH PUZZLE

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2017

Aktiviti ini diadakan adalah untuk mengasah minda dan juga dapat memperbetulkan ejaan yang salah kepada yang betul. Para peserta juga dapat berfikir secara fokus dan betul....baca selanjutnya

CARA MENULIS SURAT TIDAK RASMI

Aktiviti Terkini | 23 April 2017

Tujuan aktiviti menulis surat ini adalah untuk mengajar generasi muda mempelajari format untuk membuat surat dan secara tidak langsung boleh mengeratkan lagi hubungan bersama rakan-rakan....baca selanjutnya

ORIGAMI MELALUI YOUTUBE

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2017

Tujuan pertandingan origami melalui youtube ini adalah untuk membantu para peserta untuk memberi tumpuan dan fokus kepada permasalahan yang diberi dan cara penyelesaiannya....baca selanjutnya

JIGSAW PUZZLE

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017

Tujuan pertandingan ini adalah untuk membantu para peserta untuk memberi tumpuan atau fokus untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan....baca selanjutnya

PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Tujuan program sempena sambutan perayaan tahun baru cina ini adalah dapat meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang berbilang kaum. Penduduk juga mampu memahami erti perpaduan yang sedia ada....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti