INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
Maklumat Am
Rumah Pangsa Templer mempunyai 2 buah blok yang dibina, Blok A dan Blok B. Setiap satu blok mempunyai 14 tingkat. Rumah Pangsa ini dilengkapi dengan kemudahan lif , perhentian bas, sekolah dan juga kedai runcit. Di tingkat bawah setiap blok ini digunakan sebagai kedai dan kedai yang ada di sini adalah kedai runcit, kedai makan, salun kecantikan dan juga kedai elektrik.

Koordinat GPS: 2.735475, 101.932294
Bilangan Penduduk: 2, 035 orang Bangsa: Cina (70 %), Melayu (20 %), India (10%)
Alamat: Pusat Internet 1 Malaysia Rumah Pangsa Templer, A6-1 & A6-2, Rumah Pangsa Templer 1, Seremban Negeri Sembilan.

Purata Umur Penduduk Di Sini :
 Warga Emas : Tinggi
 Dewasa / Belia : Sederhana
 Kanak-Kanak : Sederhana

Purata Pekerjaan :
 Bekerja Sendiri
 Sektor Swasta
 Kilang

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Muzium Negeri Taman Budaya
Nilai 3 Wholesale Centre
Taman Orkid Seremban

Tempat Makan Yang Menarik

Cendol Hj. Shariff
Restoran Wadi Ar-Raudhah
Restoran Nelayan Seafood

Homestay

Hotel Seri Malaysia
Hotel Sri Mutiara
Hotel Sutera
Kemudahan Awam

Homestay

Hospital NSCMH Medical Centre
Perpustakaan Awam Seremban
Masjid Negeri
Balai Polis Seremban
Pendidikan
Sekolah Chung Hwa
Kisah Kejayaan

-Tiada Maklumat-

Keusahawanan

USAHAWAN ONLINE

Usahawan ini ialah perintis kepada T-Shirt untuk wanita Muslimah dan antara usahawan yang mendominasi peluang menjadi pembekal kepada pakaian Muslim seperti pakaian renang, pakaian wanita Muslimah dan juga kanak-kanak. Beliau adalah pengasas kepada Sumayya Sdn. Bhd dalam menerajui perniagaan pakaian secara atas talian. Nama beliau ialah Norasyikin Zainal Abidin yang berasal dari Negeri Sembilan. Beliau mendapat idea untuk membuat baju Muslimah ini apabila pengalaman anaknya sendiri untuk mendapatkan pakaian yang menutup aurat dan bersesuaian sangat terhad untuk anaknya itu. Namun, ia tiada di pasaran. Selepas itu, beliau mula terfikir bagi membuat sendiri T-Shirt yang sesuai untuk dipakai. Dari situ, beliau mencetuskan idea untuk membuat T-Shirt Muslimah. Pada mulanya, beliau mencubanya kepada anak-anaknya. Lama-kelamaan, kawan-kawan mula bertanya dan beliau mula mendapat tempahan. Bermula dari situ, beliau menjalinkan usahasama dengan rakan kongsi iaitu Salmi Shaari dan mereka mula mendapatkan tukang jahit sendiri. Selepas itu, mereka melebarkan sayap perniagaan membuat T-Shirt Muslimah untuk para ibu pula. Ini kerana, kawan-kawan mereka bertanya adakah T-Shirt disediakan untuk kaum ibu. Barangan mereka menjadi buah mulut dalam kalangan kawan-kawan. Seterusnya, mereka mula menjual secara atas talian dari rumah. Syarikat mereka diberi nama Sumayyah Design. Nama Sumayyah adalah inspirasi daripada srikandi Islam yang syahid kerana mempertahankan Islam. Slogan syarikat mereka ialah ‘Gaya Inspirasi Muslimah Moden’. Produk mereka mengeluarkan produk T-Shirt pada awalnya berkembang kepada rekaan lain seperti tudung, baju umrah dan haji, dan seluar untuk para Muslimah. Atas permintaan ramai bagi kaum ibu, mereka menyediakan rekaan yang khas berzip untuk kaum ibu menyusukan bayi supaya mudah memberi susu kepada anak mereka yang masih bayi. Selepas itu, mereka mengeluarkan pakaian renang untuk Muslimah kerana susah mendapatkan pakaian renang yang bersesuaian. Terkini, mereka juga menyediakan seluar paras betis atau quarter pants untuk Muslimin.